Pokok delima (punica
granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang
berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok
delima berasal daripada Asia Barat dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh
kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara
meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India,
Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara,
Semenanjung Malaysia, India Timur dan kawasan bertropika di Afrika. Pokok
delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka
Sepanyol pada tahun 1769. Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan
California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
Buah delima (promegranate)
kaya dengan sodium dan mengandungi nutrien-nutrien yang penting seperti vitamin
B (riboflavin (B2), tiamin (B1), niasin
(B3)), vitamin C, vitamin A, kalsium, asid folik dan fosforus. Buah delima
dapat memberikan zat dan menyegarkan tubuh badan. Buahnya yang kaya dengan
sifat antioksida amat sesuai untuk dimakan. Kulit buahnya berwarna dari kuning,
oren, merah jambu hingga ke merah pekat. Isi buah yang ranum berwarna merah dan
banyak butir yang berbentuk hexagon setiap satu, bercahaya, berdiameter 5-12 cm
setiap butir, dan rasanya yang manis diantara rasa buah lemon dan grapefruit. Jus
buah ini dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan dapat
membantu mengeluarkan haba bersama angin di dalam perut.