Sunday, 3 November 2013

Kebaikan Buah Delima

Pokok delima (punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur dan kawasan bertropika di Afrika. Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Buah delima (promegranate) kaya dengan sodium dan mengandungi nutrien-nutrien yang penting seperti vitamin B (riboflavin (B2), tiamin (B1), niasin (B3)), vitamin C, vitamin A, kalsium, asid folik dan fosforus. Buah delima dapat memberikan zat dan menyegarkan tubuh badan. Buahnya yang kaya dengan sifat antioksida amat sesuai untuk dimakan. Kulit buahnya berwarna dari kuning, oren, merah jambu hingga ke merah pekat. Isi buah yang ranum berwarna merah dan banyak butir yang berbentuk hexagon setiap satu, bercahaya, berdiameter 5-12 cm setiap butir, dan rasanya yang manis diantara rasa buah lemon dan grapefruit. Jus buah ini dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan dapat membantu mengeluarkan haba bersama angin di dalam perut.

Jus buah delima dapat bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan arthritis. Disamping itu, khasiat buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.



No comments:

Post a Comment