Friday, 1 November 2013

Kalori dan Keperluan Kalori Harian

Kalori (atau calorie dalam ejaan Bahasa Inggeris) adalah unit untuk mengukur tenaga. Badan kita perlukan kalori daripada makanan yang diambil untuk menjana tenaga. Tenaga yang dijana pula akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian. Walaubagaimanapun, jika makanan yang diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan bertukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Kalori digunakan untuk dua unit tenaga yang dikenali sebagai small calorie atau gram calorie (simbol 'cal'); dan large calorie atau kilogram calorie (simbol 'Cal' atau 'kcal'). Tenaga juga diukur dalam unit 'joules'. Kadar pertukaran unit untuk tenaga adalah: 1 kalori = 4.184 joules.

Keperluan kalori dipengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu jantina, usia dan saiz tubuh / berat badan.

1) Faktor Jantina
Lelaki secara umumnya mempunyai kurang lemak berbanding perempuan. Sebaliknya lelaki mempunyai lebih banyak otot berbanding perempuan seusia yang mempunyai saiz tubuh / berat badan yang sama. Oleh yang demikian, lelaki mempunyai kadar metabolisma yang tinggi serta memerlukan kalori yang lebih tinggi untuk keperluan harian.

2) Faktor Usia
Semakin berusia, jumlah otot semakin berkurangan. Lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Kadar metabolisma badan menurun seiring dengan usia. Ianya akan mengurangkan kadar keperluan kalori harian.

3) Faktor Saiz Tubuh / Berat Badan
Tubuh bersaiz besar dan berat badan yang tinggi memerlukan lebih tenaga dan seharusnya mempunyai keperluan kalori yang lebih tinggi.













Selain daripada 3 faktor yang disebut di atas, keperluan kalori adalah sangat berkait rapat dengan tahap dan jenis aktiviti harian.

No comments:

Post a Comment