Sunday, 3 November 2013

Kebaikan Buah Delima

Pokok delima (punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur dan kawasan bertropika di Afrika. Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Buah delima (promegranate) kaya dengan sodium dan mengandungi nutrien-nutrien yang penting seperti vitamin B (riboflavin (B2), tiamin (B1), niasin (B3)), vitamin C, vitamin A, kalsium, asid folik dan fosforus. Buah delima dapat memberikan zat dan menyegarkan tubuh badan. Buahnya yang kaya dengan sifat antioksida amat sesuai untuk dimakan. Kulit buahnya berwarna dari kuning, oren, merah jambu hingga ke merah pekat. Isi buah yang ranum berwarna merah dan banyak butir yang berbentuk hexagon setiap satu, bercahaya, berdiameter 5-12 cm setiap butir, dan rasanya yang manis diantara rasa buah lemon dan grapefruit. Jus buah ini dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan dapat membantu mengeluarkan haba bersama angin di dalam perut.

Jus buah delima dapat bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan arthritis. Disamping itu, khasiat buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.



Saturday, 2 November 2013

Piramid Makanan Malaysia

:: Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.

:: Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.

:: Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.

:: Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.



















Friday, 1 November 2013

Kalori dan Keperluan Kalori Harian

Kalori (atau calorie dalam ejaan Bahasa Inggeris) adalah unit untuk mengukur tenaga. Badan kita perlukan kalori daripada makanan yang diambil untuk menjana tenaga. Tenaga yang dijana pula akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian. Walaubagaimanapun, jika makanan yang diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan bertukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan. Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan boleh memudaratkan kesihatan.

Kalori digunakan untuk dua unit tenaga yang dikenali sebagai small calorie atau gram calorie (simbol 'cal'); dan large calorie atau kilogram calorie (simbol 'Cal' atau 'kcal'). Tenaga juga diukur dalam unit 'joules'. Kadar pertukaran unit untuk tenaga adalah: 1 kalori = 4.184 joules.

Keperluan kalori dipengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu jantina, usia dan saiz tubuh / berat badan.

1) Faktor Jantina
Lelaki secara umumnya mempunyai kurang lemak berbanding perempuan. Sebaliknya lelaki mempunyai lebih banyak otot berbanding perempuan seusia yang mempunyai saiz tubuh / berat badan yang sama. Oleh yang demikian, lelaki mempunyai kadar metabolisma yang tinggi serta memerlukan kalori yang lebih tinggi untuk keperluan harian.

2) Faktor Usia
Semakin berusia, jumlah otot semakin berkurangan. Lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Kadar metabolisma badan menurun seiring dengan usia. Ianya akan mengurangkan kadar keperluan kalori harian.

3) Faktor Saiz Tubuh / Berat Badan
Tubuh bersaiz besar dan berat badan yang tinggi memerlukan lebih tenaga dan seharusnya mempunyai keperluan kalori yang lebih tinggi.













Selain daripada 3 faktor yang disebut di atas, keperluan kalori adalah sangat berkait rapat dengan tahap dan jenis aktiviti harian.